Wednesday, December 24, 2008

Tunggu Kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Permohonan telah dikemukakan kepada SKM pada 23hb Disember 2008 untuk mendaftar Koperasi.
Mesyuarat Agong Koperasi akan dipanggil sebaik sahaja kelulusan diterima daripada SKM.

Friday, December 12, 2008

Pendaftaran Koperasi

Proses pendaftaran Koperasi sedang dijalankan oleh Jawatankuasa Penaja. Borang telah pun dilengkapkan untuk dihantar kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Sunday, December 7, 2008

Ramai Yang Tumbang

Sana sini kerja korban dilakukan pada Hari Raya Korban. Hari Raya Korban jatuh pada 8hb Disember 2008. Ramai makan daging koban pada hari ini dan ramai pula yang sakit kepala kepala Hypertension.

Hari Raya Korban mengikut jejak Nabi Ibrahim a.s. yang menyembelih kibas sebagai ganti anak kesayangannya Nabi Ismail a.s.

Sekurang-kurangnya masih lagi ada orang orang yang mengikut perintah Allah s.w. dan mengerjakan korban setiap tahun.

Selamat Hari Raya Idil Adha

Koperasiusahawankoridors20bhd: Aktiviti Pemasaran Oleh Ahli Koperasi

Koperasiusahawankoridors20bhd: Aktiviti Pemasaran Oleh Ahli Koperasi

Aktiviti Pemasaran Oleh Ahli Koperasi

Ahli Koperasi diLahad Datu menjaja diPasar Tani yang disediakan oleh FAMA (Federal Agriculture Marketing Authority).

FAMA menjadi harapan bagi ahli-ahli Koperasi untuk memasarkan produk yang mereka keluarkan.

Sunday, November 30, 2008

Peresmian GABEM SABAH

Peresmian GABEM SABAH akan dilangsungkan oleh YAB Ketua Menteri Sabah pada tarikh yang akan ditetapkan dalam tahun 2009.

Syarikat Besar Dipersalakan

Pengerusi GABEM, Yang Berbahagia Datuk Abdul Rahim Tamby Chik dalam ucap tamanya pada 28hb November 2008 semasa peresmian Program Memperkasa Ekonomi Bangsa ke20 diKota Kinabalu telah menyalahkan Syarikat syarikat besar yang mendapat projek telah memonopolikan projek sehingga menyebabkan angka penyertaan Melayu/Bumiputera cuma mencapai 18.9% sahaja.

YB Menteri Kerja Raya Malaysia juga telah menyarankan agar Syarikat syarikat besar itu mengaggihkan projek yang mereka perolehi kepada Syairkat syarikat lain, khasnya syarikat syarikat kecil Bumiputera sebanyak 10%.

Peserta Program Memperkasa Ekonomi Bangsa ke20 akan memantau perkembangan selanjutnya,samaada syarikat syarikat besar, khasnya diSabah akan mematuhi saranan tersebut atau tidak.

Jawatankuasa Penaja Koperasi Ditubuhkan

Peserta Program Memperkasa Ekonomi Bangsa yang ke 20 anjuran GABEM yang berlangsung diBeverly Hotel Karamunsing Kota Kinabalu Sabah Malaysia pada akhir bulan November 2008 (28-30) telah melahirkan sebuah koperasi. Ini adalah koperasi pertama yang ditubuhkan dalam program seumpamanya anjuran GABEM.

Nama Koperasi yang dicadangkan ialah Koperasi Usahawan Koridor (S) G20 Bhd.

Jawatankuasa yang dicadangkan adalah seperti berikut;

Pengerusi; Datuk Hj Light Nanis
Timbalan Pengerusi: Datuk Hjh Hamidah Yusop
Setiausaha 1: Atong Hj Sadar
Setiausaha 2: Abdul Ali Erlis
Bendahari 1 : Abdullah Sibil
Bendahari 1 : Asnah Yusop
Ahli Majlis Kerja:
Md Din Dtk Arif
Rabaitul Adawiyah
Hambug Labie
M.S.Asreen
Japran Awal
Mohd Tahir omar
Nazeer Julkarnain
Zamzul@Rosmadi B Rebbin
Mohammed Hasnimizan Ishak
Abdul Hadi Hj Fadzil Ali
Mohd Jimin Abdullah
Lasmin Majani
Azmi Yusof
Mohd Yusri Abdullah
Basir Hj Rafael
Noorhayati Mansor

Keahlian terbuka kepada semua peserta Program Memperkasa Ekonomi Bangsa ke20.
Yuran keahlian/saham; RM100 seorang
Yuran pendaftaran: RM20 seorang

Tujuan Penubuhan Koperasi;
Pembekalan Bahan Bahan Pembinaan
Pembekalan Sistem Pembinaan IBS
Pembungkusan Semula Produk
Perladangan